31st August 2009
Malaysia celebrated the 52nd Independence day.
The ceremony was small this year as it is Ramadhan so they decided to keep it simple. Great achievement right to be able to stay as a multicultural country peacefully for 52 years already.
****
Ye, memang satu pencapaian yang besar. Tapi pada dasarnya benarkah kita benar-benar aman, benar-benar merdeka? Benarkah kita susah tidak di jajah? Cuba kita lihat cara hidup generasi muda zaman ini, tidakkah mereka seolah-olah masih dijajah kuasa barat dari segi budaya nya? Bangga nya kita mengatakan kita hidup bersatu-padu walaupun hidup berbilang kaum. Benarkah kita bersatu padu? Benarkah kita sudah mencapai satu tahap yang setiap kaum saling memahami tentang perbezaan antara kita? Benarkah sudah tidak ada racisim antara rakyat Malaysia? Adakah anda tahu yang masih ada dikalangan kita yang masih bangga untuk mengaku bahawa mereka tidak tahu berbahasa Melayu sedangkan mereka itu warganegara Malaysia tetapi malu untuk mengaku mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Bukankah Bahasa Melayu itu bahasa rasmi negara kita? Mengapa pula pendatang asing lebih fasih berbahasa Melayu berbanding warganegara Malaysia sendiri. Mungkin kita sudah tidak dijajah dari segi fizikalnya. Mungkin kita sudah bebas dan semakin 'open-minded'. Tapi benarkah kita ini benar-benar bebas, benar-benar bersatu, benar-benar bangga menjadi rakyat Malaysia? Benarkah kita cintakan negara kita?
Persoalan demi persoalan. Kita sahaja yang tahu jawapannya...
***************************************************************************
Anyhoot...here are a little pics of me n my girls on Merdeka Day!!! Merdeka!!!!!!!