Fikiran 1
Rindu...
mengapa perlu hadir?
aku tidak suka hadirmu di sisi
kerna kau membuat ku rasa kosong di dalam diri
lebih lagi pabila tiada kehadiran pengubat sepi
seperti satu perlakuan yang sia-sia ku rasai
Rindu...
pergila kau dari sisi ku
kerana aku tidak perlu kehadiranmu
kerana aku tidak perlu kehadiranmu
kau tiada belaian kasih buat ku
tiada ingat ku dalam peringatan mu
aku tidak perlu belas kasih mu
Fikiran 2
Ku tenung skrin komputer ribaku
Di tepi nya tercatit MEMO : Things to do this holiday
Dibawahnya tercatit lagi
- Seminar Lymphoma
- Seminar Renal Failure
- 2nd Case Write-up
- Short notes : Ovarian Tumor
- Study O&G
- Study Peads and Neonatal
Aku mengeluh...hari ini sudah hari ketiga Syawal. Satu kerja pun belum ku usahakan lagi. Entah bila akan ku sentuh komputer riba ku ini untuk kerja-kerja berfaedah. Malas? bukan malas, Penat? sudah ku rehatkan mata ku sebelum kegelinciran matahari tadi. Cuma, aku memang tidak punya rasa mahu memulakannya. Mungkin malam kelak akan ku paksakan diriku.
Hari ini ku baca sebuah blog baru. Ia membuat ku rasa seperti aku masih belum matang dalam pertuturan ku, pemikiran ku, adakah benar aku bakal menjejakkan kaki di dalam tahun ke-23 hidup ku. Aku memang belum matang, pengetahuan ku masih terlampau cetek untuk bergelar young adult. Banyak yang perlu aku improve untuk jadi yang lebih baik. Mungkin aku perlu mulakan dengan cuba berdikari...jauh dari wajah2 seharianku.
Aku ingin mencuba sesuatu, tetapi aku rasa orang disekeliling ku tidak akan bersetuju. Tapi perkara itu sangat menarik hati. Sangat kurang komplikasi. Sangat mudah untuk aku fahami. Adakah aku akan rasa senang hati memilih hidup yang tiada erti risiko setelah sekian lama aku menanti, lewati dan pelajari?
Kamu fikir aku masih resah? Aku sudah mempunyai hala tuju yang baru. Aku fahami erti hidupku. Aku tidak resah tentang perihal itu. Aku perlu berjuang demi agamaku, bangsaku dan keluargaku. Hal itu jika ia terjadi, maka sudah suratan takdirku.
Fikiran 3

Fikiran 4

Fikiran 5
Kamu fikir aku masih resah? Aku sudah mempunyai hala tuju yang baru. Aku fahami erti hidupku. Aku tidak resah tentang perihal itu. Aku perlu berjuang demi agamaku, bangsaku dan keluargaku. Hal itu jika ia terjadi, maka sudah suratan takdirku.
~sekian sahaja butir-butir fikiranku~