Lupakan fikiran ini, rasa ini. Itu yang aku ingatkan diriku hari-hari. Orang kata, tiada guna berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Ya, maksudnya perbuatan itu sia-sia. Sia-sia itu membuang masa. Masa itu berharga. Jadi itu adalah suatu pembaziran. Ya, jika sesaat itu harganya satu kupang...maka aku telah berjaya membuang sebanyak RM12,614,400.00. WAH!!! Tapi....bagaimana harus ku buang. Ku rasa apa yang ku rasa. Aku ikhlas. Tiada dusta. Tiada pernah ragu. OK, itu tipu. Ragu-ragu datang bila perkara yang aku tidak suka berlaku. Tapi sekejap sahaja. Selain itu, aku PASTI. Ya, rasa dan fikiran ini gagah, ia berkerjasama dan mempunyai rentak satu irama. Jika aku punya kuasa sakti pasti ku pilih untuk dilenyapkan sahaja fikiran dan rasa ini. Hentikan nya dari terus memperkasa. Mungkin ketika itu semua komplikasi akan terhapus. Semua orang juga boleh hidup tenang, hadapi hari-hari dengan lapang, tanpa fikiran2 menganggu, tanpa situasi2 kurang senang. Mungkin akan bahagia rasa dihati. Hari ini aku pilih untuk layani rasa dan fikiran ini. Aku mahu ini adalah utk kali terakhir. Selepas ini akan ku simpan nya di dalam peti besi. Tidak layak di ucap, di dengar, diketahui....hanya layak bertahta di hati...biarkan, ia bisu di situ....
05 November 2009
CreAM pUffs

Labels:
Life,
Love,
Random,
Thoughts and Quotes